Salam, saya Adly Mukhtar.

Seorang usahawan yang telah menjalankan bisnes online selama 13 tahun di dalam pelbagai industri. Selain mahir dengan teknik-teknik pemasaran online, saya juga meminati bidang kreatif seperti menulis, mereka bentuk grafik, membangunkan laman web dan sebagainya. Pada masa yang sama, saya penggemar kopi, suka membaca dan berani mengambil risiko.

Bagaimana bermula?

Secara ringkas, pada 2006 saya memulakan perniagaan menerusi blog secara sambilan ketika berusia 16 tahun (tingkatan 4) menerusi Google Adsense. Kemudian mula merasai pendapatan RM10,000 pertama ketika berusia 17 tahun, sejurus sahaja selesai peperiksaan SPM menerusi perniagaan internet menjual produk digital.

Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking. - Steve Jobs, Standford Speech. (2005)

Walaupun mendapat keputusan SPM yang baik pada tahun 2008, saya memutuskan untuk tidak sambung pelajaran di universiti bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan sendiri. Bagi saya ilmu itu ada dimana-mana, bukan sekadar secara formal sahaja. Apa yang penting kita benar-benar ingin belajar.

Selepas itulah baru saya benar-benar melangkah secara serius di dalam dunia keusahawanan. Sepanjang tempoh ini tidak semua projek saya berjaya malah banyak yang gagal. Semua itu adalah proses pembelajaran.

Beberapa pencapaian peribadi

Saya sering dijemput untuk berkongsi pengalaman mengenai keusahawan internet hampir di seluruh pusat pengajian tinggi di Malaysia ini seperti IPT, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti dan sebagainya.

Saya pernah menjadi penceramah termuda di APEC YES 2011 apabila salah satu projek syarikat saya telah terpilih untuk diketengahkan di dalam kategori ‘Creative Art’ mewakili Malaysia bersama-sama Upin & Ipin & Datin Seri Tiara Jacquelina untuk dipersembahkan kepada wakil dari 21 buah negara.

Kisah saya juga penah diceritakan di dalam beberapa media massa seperti akhbar, majalah dan pernah beberapa kali dijemput oleh stesyen televisyen untuk mengupas isu keusahawanan internet.

Banyak syarikat dan badan berpergaruh seperti SME Corp, Kementerian Pengajian Tinggi, Dewan Perniagaan Melayu, Astro Awani, Persatuan Usahawan Internet dan sebagainya telah mendapatkan pandangan dan khidmat syarikat saya berkenaan perniagaan internet.

Apa itu Seni Bisnes?

Setelah mencuba pelbagai jenis bisnes dari membangunkan aplikasi web SAAS, menjual produk di dalam pelbagai industri, menjual produk informasi sehingga menawarkan servis membina laman web, kini saya sedang membangunkan beberapa bisnes berasaskan ecommerce untuk pasaran Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Oleh itu, Seni Bisnes ini adalah ruang peribadi untuk saya berkongsi dapatan-dapatan yang dikutip sepanjang mengharungi liku-liku sebagai seorang usahawan. Saya banyak mencuba dan ber-eksperimentasi, banyak bakar duit, banyak belajar. Jadi insyallah ia juga boleh menjadi pedoman untuk para usahawan diluar sana.

P.S: Pada 2013, saya telah menamatkan ‘short-courses’ pengurusan CEO di Universiti Islam Malaysia (UIA) dengan kerjasama SME@University. Yeay!

Maklumbalas Pembaca